Baju Kurung Untuk Ke Pejabat
Berbaju kurung ke pejabat merupakan antara pilihan wanita yang berkerjaya masa kini. Begitu juga dengan Fara Suhaili, 23 tahun. Beliau yang merupakan PA kepada pengarah urusan di sebuah syarikat pembinaan sering berbaju kurung untuk ke pejabat.
Dengan rekaan dan fesyen baju kurung yang berbagai, seseorang itu haruslah bijak untuk memilih baju kurung yang sesuai untuk ke pejabat. Ini adalah kerana baju kurung juga direka untuk dipakai untuk majlis-majlis perjumpaan, makan malam dan juga perkahwinan.
Menurut Fara, beliau sangat berhati-hati didalam memilih baju kurung kerana tidak mahu memakai baju yang tidak bersesuaian. Tambahnya lagi, antara perkara yang dipertimbangkan didalam memilih baju kurung untuk ke pejabat ialah fabrik, corak, warna serta jenis baju kurung. Beliau tidak mahu kelihatan keterlaluan dengan baju kurung bercorak terang serta disulami dengan manik-manik kristal.
Fara lebih senang memilih baju kurung yang ringkas dari warna kegemarannya iaitu hitam dan juga biru tanpa corak dengan dihiasi sedikit sulaman benang. Fabriknya juga dari jenis yang tidak panas dan selesa dengan cuaca harian.
Fara yang sedang berjinak-jinak dengan dunia modeling berharap satu hari nanti, beliau akan dapat memperagakan baju kurung dari pereka fesyen terkenal tanah air.














