Inspirasi Fesyen Muslimah Dari Turki
Fesyen muslimah dari Turki semakin fleksibel dan moden walaupun berada didalam dunia Arab. Terdapat banyak elemen-eleman yang menerima nilai-nilai dari barat. Ramai pereka fesyen dari Turki telah mula mengabungkan nilai kotemporari dari barat dengan unsur traditional yang penuh dengan kraftangan dan warna-warni. Fesyen dari Turki ini sudah mula menjadi tajuk di majalah-majalah antarabangsa seperti Marie Claire, Baazar Harper, Elle dan Cosmopolitan.
Fesyen yang begitu popular untuk wanita muslimah dirujuk sebagai ‘one piece’ atau sekeping. Ianya seperti satu tiub kain yang dipadankan dari kepala hinggalah ke bawah. Ianya popular kerana senang digunakan dan sesuai untuk berbagai situasi. Fesyen ini mementingkan penampilan yang lebih traditional.
Selain dari itu terdapat juga gaun dan seluar yang dilapiskan dengan aksesori bergaya seperti jaket labuh atau blaus. Fesyen seperti ini nampak lebih moden dengan rekaan yang digabungkan dengan gaya dan corak dari barat.
Walaupun wanita muslimah tidak dibenarkan untuk mendedahkan rambut dan juga anggota badan yang lain, namun fesyen bukanlah semata-mata mengenai gaya rambut atau menonjolkan bentuk badan. Rekaan fesyen untuk wanita muslimah dari Turki masih mengekalkan konsep kesopanan dan nilai islam walaupun pengabungan dari gaya barat semakin bertambah.
















chanteq…